Shopping Cart

Call / Whatsapp : +6017 403 2744

Ice Bars | Real Fruit, Full Stop !

icebars.my@gmail.com

"Anda sering menghadapi dilema seperti berikut apabila nak makan asikrim?"

"Manis sangaattt.."

Manis memang sedap. Tapi kalau terlalu manis, bukan saja menghilangkan rasa sebenar, tapi membahayakan kesihatan.

"Selamat ke nak makan ni..?"

Banyak aiskrim di pasaran menggunakan perasa dan pewarna tiruan. Bukan sahaja tidak selamat dimakan, tapi juga tak puas !

"Makan aiskrim je comot..huh"

Rasa nak makan aiskrim, tapi bila fikir balik comotnye tu, terus tak jadi. Nanti meleleh nak kena cari tisu pulak. huhu..

Memperkenalkan.. Ice Bars !

"Aiskrim beku sendiri dirumah !"

"Apa yang menarik tentang Ice Bars ni ?"

Rasa Buah Sebenar !

Ice Bars diperbuat dari buah sebenar. BUKAN dari pati buah (fruit concentrates) atau perisa buah-buah tiruan, tapi rasa tak sama macam buah sebenar.

Buah sebenar ada rasa ‘bright’, rasa segar yang buat orang gigit sekali terus turun ke hati. Kenapa kita pilih buah sebenar dan bukan pati buah atau perisa tiruan? Sebab kita tak nak kompromi & tekad guna buah sebenar. Supaya bila anda cuba Ice Bars, anda rasa berbaloi !

Perisa tiruan buah memang lebih murah. Nak proses pun mudah. Tuang je dari botol. Tapi, kita bukan nak dapat sedap je, tapi manfaat dan khasiat dari buah pun dapat. !

Tiada Pewarna Tiruan !

Kenapa kita tak masukkan pewarna tiruan dalam Ice Bars macam jajan-jajan lain di pasaran? Ini kerana kanak-kanak adalah consumer utama Ice Bars. Perut kanak-kanak sensitif.

Kita tak mahu pewarna tiruan yang berlebihan membuat perut sensitif anak-anak kecil meragam. Tambahan ramai kids yang alah kepada pewarna tiruan dan chemicals dalam makanan.

Lagipun warna semulajadi dari buah dan sayuran lebih cantik dan lebih selamat.

Packaging yang Eye-Catching !

Bukan sahaja rasa Ice bars kita titik beratkan, tapi juga packaging pun kita buat cantik-cantik. Sebab apa ? Sebab selain daripada makan sendiri, anda juga boleh jadikan Ice Bars sebagai hadiah untuk kawan-kawan dan family !

Bayangkan, kawan-kawan dan familiy punya seronok dapat hadiah aiskrim dalam kotak yang cantik dan colourful !

Nak buat hadiah sebagai door gift majlis pun sesuai. Denagan warna yang terang, ceria, design yang menarik, tak perluah dah nak balut dengan plastik pembalut hadiah. Mudah kann ?

Tak Comot !

Bisa makan aiskrim comot kan ?Ataupun sesetengah kanak-kanak bila makan aiskrim dia nak enjoy slow-slow. Tapi belum sempat habis aiskrim dah meleleh.

Dengan Ice Bars, Mummies & Daddies tak perlu risau lagi tangan dan baju anak comot Sebab Ice bars dibekukan dalam bentuk tiub. Kalau cair sekalipun dia tak menitis bersepah merata-rata

Nak makan pun mudah. Hanya perlu tolak je untuk Ice Bars keluar. Nak jilat pun boleh, hisap pun boleh, gigit pun boleh.

Apa kata mereka yang dah cuba ?

Dapatkan Segera !

Frequently Asked Questions

Ice Bars bukan jelly dan tak mengandungi gelatin atau agar agar.

Hanya keluarkan Ice Bars dari kotak dan masukkan dalam peti beku selama 12 jam atau sehingga beku. Kalau nak lebih cepat beku, letakkan di bahagian freezer paling sejuk.

Pada suhu bilik, Ice Bars memang dalam bentuk cecair. Jadi tak risau rosak apabila di pos. Ice Bars boleh dipos  tanpa perlu ada ais kering dan cooler box macam aiskrim lain.

Ice Bars yang beku, dicairkan, dan dibekukan semula selamat untuk dimakan jika tiub Ice Bars belum dikoyak.

Ice Bars boleh disimpan selama 12 bulan pada suhu bilik.

Ice Bars mengandungi gula dari dua sumber iaitu gula semulajadi buah dan dari gula tebu.

Ice Bars tidak mengandungi sebarang ramuan yang boleh memudaratkan wanita mengandung. Namun jika anda ada sebarang alahan atau masalah kesihatan, dinasihatkan untuk rujuk kepada doktor sebelum makan.

Bayi di bawah usia 6 bulan tidak dinasihatkan makan Ice Bars kerana ia adalah ‘solid food’ atau makanan pejal. Bayi yang sudah makan solid food dan
tidak mempunyai alahan atau masalah kesihatan tiada halangan untuk mencuba Ice Bars.

Tempoh pembekuan yang dicadangkan adalah 12 jam di dalam peti beku yang bersuhu -18 darjah Celsius. Jika peti beku anda lebih sejuk atau kurang sejuk tempoh pembekuan mungkin berbeza.

Jika Ice Bars tidak beku, pastikan anda telah keluarkan Ice Bars dari kotak. Letakkan Ice Bars di bahagian freezer yang paling sejuk.

Boleh tapi sebaiknya keluarkan dari kotak. Sebab bila keluarkan dari kotak boleh susun flat, jadi dia beku lebih kemas. Kedua, kotak tu penebat suhu yang boleh lambatkan pembekuan. Kalau keluarkan lagi cepat boleh makan!

Ice Bars tak mengandungi susu. Jadi sesuai untuk vegetarian, vegan dan orang yang lactose intolerant.

Ice Bars tidak mengandungi gandum. Ia bebas gluten.

Ice Bars tak mengandungi telur. Jadi sesuai untuk vegetarian dan vegan.

Strawberry – 32 kalori bersamaan 2 aprikot

Passionfruit Pineapple – 32 kalori bersamaan 2 aprikot

Mango – 27 kalori bersamaan 1 plum

Ice Bars diproses dalam kilang yang 100% bebas dari kekacang seperti kacang tanah, kacang hazel, badam, gajus dan sebagainya. Jadi ia selamat dimakan oleh orang yang menghidap alahan kepada kekacang.

Accordion Content
Waktu Operasi Isnin – Ahad

8.00 a.m. - 10.00 p.m

Langkah Pembelian Mudah

Pilih → Tambah Ke Troli → Bayar

Penghantaran Seluruh Malaysia

Semenanjung, Sabah & Sarawak

Pembayaran Selamat 100%

Bayar menggunakan FPX