Ketika Puan Yasmin hamil, beliau mengidam aiskrim berperisa limau. Namun begitu, ia mengandungi tinggi gula, perasa dan pewarna tiruan, akan tetapi dapat meredakan sakit pagi Puan Yasmin. Apa yang mengejutkan, ketika Puan Yasmin mendapat keputusan ujian kadar gula dalam badan, pakar sakit puannya memaklumkan bahawa dia merupakan pesakit diabetes! Risau dengan keadaan tersebut dan dalam masa yang sama masih teringin untuk menikmatinya, Puan Yasmin telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan ais jus limau dan juga ais buah sendiri disamping menjadikan ia satu alternatif yang lebih sihat daripada sebelumnya. Hasil idenya tersebut telah mencetuskan inspirasi baru, yang kini dikenali sebagai Pops Malaya.